I'm Talking
SENYUM walaupun berada dalam apa jua masalah yg menimpa. :')
AYN: CIRI CIRI USAHAWAN YANG BERJAYA

CIRI CIRI USAHAWAN YANG BERJAYA



πŸ’¬ Usahawan boleh ditakrifkan sebagai seorang yang menguasahakan sesuatu perniagaan sehingga berjaya dngan motif memperoleh keuntungan di samping mengamalkan amalan-amalan yang strategik untuk terus berjaya.

CIRI-CIRI USAHAWAN

πŸ’­PROAKTIF

πŸ‘‰Usahawan yang proaktif akan bertindak lebih agresif dalam segala tingkah laku dan tindakan dalam dunia perniagaan. Usahawan memiliki matlamat, wawasan dan sentiasa mahu maju ke hadapan. Usahawan akan lebih kreatif dan mahir menghasilkan produk dan perkhidmatan dalam dunia perniagaan. Usahawan yang proaktif juga melibatkan pencarian peluang baru yang di luar bidang operasi perniagaan.


πŸ’­ MENGAMBIL RISIKO TERBUKA

πŸ‘‰Mengambil risiko terbuka bermaksud risiko tersebut berkemungkinan akan mengalami kerugian ataupun keuntungan. Banyak kajian mendapati kecenderungan mengambil risiko adalah sebahagian daripada ciri keperibadian usahawan berjaya. Setiap perniagaan sama ada perniagaan kecil ataupun besar akan mengambil risiko untuk mendapatkan hasil yang lumayan serta membuat sesuatu perubahan dalam memantapkan lagi perniagaan tersebut.

πŸ‘‰ Namun begitu, ciri mengambil risiko terbuka ini hendaklah dirancang dengan teliti dan selamat serta perlu diimbangi dengan pengetahuan dan kefahaman supaya risiko tersebut tidak mendatangkan masalah kepada perniagaan. 

πŸ’­KEGAGALAN ADALAH SATU PILIHAN

πŸ‘‰Usahawan yang berjaya adalah mereka yang tidak mudah kecewa dan putus asa apabila mengalami kegagalan. Ini kerana disebalik kegagalan, mereka belajar untuk bangun semula. Kebanyakan usahawan percaya mereka lebih banyak belajar dari kegagalan berbanding kejayaan. Sebagai seorang usahawan, mereka tidak akan dapat lari daripada pelbagai risiko kegagalan dalam perniagaan. 

πŸ‘‰Namun, apa yang menguatkan semangat dalaman setiap usahawan adalah sifat keterbukaan dan motivasi yang tinggi yang membuatkan mereka menganggap kegagalan adalah cabaran untuk terus maju dalam perniagaan. Hal ini mereka akan belajar daripada kegagalan yang dihadapi dengan membuat perubahan untuk bangun semula. 

πŸ’­ BERORIENTASIKAN KUMPULAN

πŸ‘‰  Usahawan yang mempunyai ciri berorientasikan kumpulan akan lebih mudah dalam menguruskan perniagaan beliau kerana mereka lebih berupaya untuk menjalankan perniagaan dengan lancar dan sistematik di mana mereka sering di kelilingi oleh kumpulan yang memiliki pelbagai kepakaran dalam memajukan syarikat.

πŸ‘‰ Usahawan perlu bijak dalam mengagihkan pekerja dalam beberapa kumpulan mengikut kepakaran dalam menjalankan tugas masing-masing dalam satu kumpulan. 


πŸ’­ RANGKAIAN

πŸ‘‰  Rangkaian merupakan satu peluang besar dalam menjadikan seseorang usahawan itu berjaya dalam perniagaannya. Hasil daripada strategi rangkaian yang lepas menjadikan sumber untuk strategi yang mendatang. Sekiranya seseorang usahawan mempunyai rangkaian yang baik maka, ini akan memberi faedah yang besar dalam perniagaannya.  

πŸ‘‰Antara kelebihannya adalah dari sudut kemudahan mencapai yang baik, reputasi yang baik yang boleh menjadi idola kepada usahawan yang lain. Di samping itu, tidak mudah untuk seseorang usahawan meraih kejayaan tanpa bantuan daripada pihak lain. 

πŸ‘‰Seorang usahawan yang berjaya perlu bijak dalam memilih individu yang bukan sahaja dapat membantu perniagaan mereka pada masa ini, tetapi juga berpotensi untuk membantu mereka pada masa akan datang juga.
 










No comments :